Tuesday 6 March 2012

Penawar bagi yang mengalami sakit kepala/pening.


Jika anda mengalami sakit kepala, biasanya anda akan mangambil panadol.
Atau sapu minyak angin bagi melegakan sakit kepala atau pening.

Kali ini saya hendak kongsikan, satu lagi penawar atau terapi bagi mereka yang
mengalami sakit kepala atau pening.

Jika anda mengalami sakit kepala, sila ambil masa untuk berehat.
Kemudian masa rehat itu, ambillah handfone atau mp3 anda.

Pasangkan mp3 surah-surah Al-Quran. Dengarkan bait-bait surah Al-Quran.
Pusatkan pemikiran untuk dengar bait-bait surah Al-Quran tersebut.
Dan kalau boleh hayatinya.

InsyaAllah, sakit kepala anda akan hilang serta merta.

Cubalah.

Hasilnya: Saya sendiri mengalami sakit kepala,
kemudian saya mengambil handfone. Dan pasangkan mp3 surah-surah Al-Quran.
Lama kelamaan, pening saya pun hilang.
Selain daripada itu, ia terapi untuk hati.
Kenikmatannya hingga membuatkan saya lupa
terhadap kerja-kerja seharian yang perlu disiapkan. Itulah dia terapi daripada Al-Quran.

No comments:

Post a Comment