Monday 1 October 2012

Malaikat Izrail dan Nabi Idris a.s


Malaikat Maut, Izrail, begitu takjub melihat berbagai amal yang dilakukan Nabi Idris as. Dalam sehari semalam saja, amal kebaikan Nabi Idris sudah begitu menumpuk. Jumlahnya seakan menyamai jumlah amal seluruh penduduk bumi yang harus segera diangkut ke langit. Izrail belum pernah sekali pun menyaksikan wajah hamba sekuat itu. Oleh sebab itu, dia ingin sekali berziarah kepada Nabi Idris.

Pada suatu saat, Izrail memberanikan diri memohon izin kepada Allah untuk dapat mengunjungi Nabi Idris. Dan ternyata, Allah memberi izin kepadanya. Maka, berangkatlah, malaikat maut itu untuk menemui Nabi Idris dengan menyerupai seorang manusia. Ia memasuki rumah Nabi Idris seraya mengetuk   pintu, lalu Nabi Idris pun mempersilakannya masuk dan duduk di tempat yang terhormat.

Nabi Idris adalah seorang nabi yang selamanya berpuasa. Bila waktu berbuka telah tiba, maka akan ada seorang malaikat yang turun kepadanya dengan membawa berbagai makanan yang lazat cita rasanya. Ketika waktu Maghrib telah tiba, segera saja beliau mengajak Izrail untuk menikmati santapan yang telah disediakan itu. Walaupun hidangan berbuka kali ini terlihat begitu nikmat dan menggugah selera, tetapi dilihatnya tamunya itu tidak juga mahu makan, ia hanya menunggu Nabi Idris as sampai puas berbuka. Ketika itu, Nabi Idris belum menyadari keganjilan ini.

Malamnya, seperti biasa, Nabi Idris terus melakukan ibadat, sementara malaikat itu selalu berada di sampingnya sampai terbit fajar. Untuk membahagiakan tetamunya itu, maka Nabi Idris mengajaknya jalan pagi melihat indahnya pemandangan alam dan menghirup segarnya udara di pagi hari dengan melintasi kebun anggur milik orang lain. Ketika itulah, tetamu itu berkata, “Perbolehkanlah aku memetik beberapa tangkai anggur, seleraku bangkit seketika saat melihatnya!”

“Adakah engkau ingin memakan makanan haram, sementara tadi malam engkau selalu menolak makanan halal!” begitu sergah Nabi Idris.Tetamu itu pun tidak jadi memetiknya. Kemudian ia malah mengajak Nabi Idris berjalan terus tanpa henti sampai empat hari tanpa makan, minum, kencing, ataupun buang air besar. Setelah melihat keganjilan ini, Nabi Idris bertanya, “Siapa engkau?”“Saya Malaikat Maut,” jawabnya singkat.“Adakah engkau sang pencabut nyawa itu?” sambung Nabi Idris.

“Allahumma, kiranya tidak salah,” jawabnya lagi.“Engkau telah bersamaku selama empat hari, bagaimana pekerjaan engkau?” tanya Nabi Idris kembali.“Aku tetap saja bekerja, mencabut nyawa seluruh makhluk itu di hadapanku bagaikan hidangan, aku akan mengambilnya sebagaimana manusia ketika makan,” jawab Izrail.
lalu Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?."

 Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut".

Kata Malaikat Izrail "sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malainkan mendapat izin Allah". Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".

Maka Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut.

Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya kedalam syurga," maka Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga.

Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engaku dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah SWT telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah SWT berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekalian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."

Sumber: http://akhiri.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment